Bajet Terbaik 2014

Sudah berlalu pembentangan Bajet untuk tahun 2014 pada 25 Oktober 2013 yang lepas. Ada yang setuju dan tidak kurang pula yang tidak setuju dengan bajet pada setiap tahun. Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, ia mendapat pelbagai reaksi tidak kira dari kalangan pemimpin atau rakyat.

Sebelum kita pergi jauh lagi, apakah kita sudah mengira bajet peribadi untuk diri dan juga keluarga? Sebagai contoh, kehidupan aku yang kini bergelar sebagai penulis blog sepenuh masa juga memerlukan perancangan dan bajet setiap tahun. Untuk tahun depan, sama ada ia menjadi Bajet Terbaik 2014 untuk kita atau akan jadi sebaliknya.

Perancangan kewangan peribadi adalah proses untuk menangani masalah kewangan anda dalam konteks keadaan kewangan keseluruhan. Ia adalah tersusun, pendekatan terancang yang merangkumi mengenal pasti matlamat dan objektif kewangan, bersama-sama dengan keutamaan mereka. Merancang Bajet Terbaik 2014 adalah perlu lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang penuh liku. Secara asasnya, kita perlu tahu apa yang kita dapat dan ke mana kita akan belanjakan dalam bajet tahunan diri kita.

Bajet Terbaik 2014

Perancangan kewangan peribadi bermula dengan pelan awal yang berdasarkan keadaan kewangan semasa anda. Pelan ini kemudiannya dipantau supaya ia berubah bersama-sama dengan perubahan dalam gaya hidup anda serta pasaran. Ia adalah lebih daripada membantu anda membuat keputusan sama ada atau tidak untuk meletakkan wang anda di dalam keadaan yang tidak perlu. Keperluan atau kehendak. Mana lebih didahulukan?

Sebenarnya kita boleh ubah bajet peribadi agar menjadi sesuatu bajet yang terbaik tidak mengira tahun. Kita boleh memilih dengan gaya hidup berjimat cermat atau memaksa diri bekerja lebih dari kemampuan kita. Bukan mudah untuk mengubah tabiat dan budaya kita yang sudah lama seperti isu subsidi. Perbelanjaan melebihi pendapatan sudah sering kita dengari dengan pelbagai isu tak kira jantina atau kaum.

bajet 2014 terbaik

Syukurlah setakat ini aku tidak dibebani dengan hutang. Sebagai contoh, aku tidak pernah menggunakan kad kredit dalam tujuan pembelian barang atau servis. Mungkin ada hikmahnya aku tidak menggunakannya walaupun ada ketika memerlukan kad kredit. Tetapi dengan membuat perancangan dan bajet terbaik untuk diri dan keluarga, sudah pasti sedikit demi sedikit masalah kewangan akan selesai.

Mungkin ada yang pernah mendengar atau ada saudara-mara yang berada di pantai timur. Mereka mempunyai 'cash' yang banyak. Ada mereka yang hanya kerja di kampung. Dan yang menariknya, mereka tidak memikirkan isu hutang disebabkan kebanyakan barang dibeli secara tunai. Ada juga orang kita yang membuat pepatah baru, harimau mati meninggalkan belang, orang mati meninggalkan hutang.

Bajet terbaik 2014 BR1M

Jadi, persiapan harus dilakukan. Tahun 2014 bakal tiba dan segalanya perlu dirancang dengan teliti. Jika Bajet Terbaik 2014 anda dilakukan dengan baik, maka tidak hairanlah pada masa itu anda masih akan rasa selesa walaupun dengan melakukan Plan B atau Plan C. Untuk kehidupan aku sebagai seorang Blogger, beberapa perubahan akan dilakukan kelak bagi memastikan pendapatan semakin berganda dan diharap menjadi terbaik untuk diri dan keluarga.

Bajet 2014 musim bunga sudah berlalu. Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Bajet 2014? Adakah ia terbaik untuk anda dan keluarga? Atau ia menjadikan anda lebih berusaha untuk mengubah gaya hidup anda untuk meneruskan pelan perancangan kewangan peribadi dengan lebih baik?

SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Configure Modem UNIFI

Kelebihan kabel optik | Fiber Optik

Cara Block dan Unblock Website dan PC