SURVIVOR CAMP 2015 DI TAMAN WETLAND PUTRAJAYA
Taman Wetland Putrajaya akan menganjurkan Program SURVIVOR CAMP 2015 di Taman Wetland Putrajaya yang akan diadakan pada tarikh 28 Februari sehingga 1 Mac 2015 (3 hari 2 malam). Program pendidikan berasaskan alam semulajadi ini dianjurkan bersempena Hari Wetland Sedunia yang diraikan di seluruh dunia pada bulan Februari setiap tahun. Penyertaan dibuka kepada semua pelajar dari usia 8 hingga 12 tahun untuk kategori Junior Survivor dan 13 hingga 17 tahun untuk kategori Teen Survivor. Kem ini boleh disertai oleh semua pelajar di dalam dan luar Putrajaya. Kepada semua ibu bapa, ini adalah peluang terbaik untuk anak-anak anda menerima pendedahan mengenai asas kemahiran hidup bagi meningkatkan jatidiri mereka. Jangan lepaskan peluang ini kerana penyertaan adalah terhad dan tarikh akhir pendaftaran pada 23 Februari 2015. Jom…kita jumpa di SURVIVOR CAMP 2015 @ Taman Wetland Putrajaya! sumber