Posts

Showing posts from November, 2013

Bajet Terbaik 2014

Image
Sudah berlalu pembentangan Bajet untuk tahun 2014 pada 25 Oktober 2013 yang lepas. Ada yang setuju dan tidak kurang pula yang tidak setuju dengan bajet pada setiap tahun. Bajet 2014 yang bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, ia mendapat pelbagai reaksi tidak kira dari kalangan pemimpin atau rakyat. Sebelum kita pergi jauh lagi, apakah kita sudah mengira bajet peribadi untuk diri dan juga keluarga? Sebagai contoh, kehidupan aku yang kini bergelar sebagai penulis blog sepenuh masa juga memerlukan perancangan dan bajet setiap tahun. Untuk tahun depan, sama ada ia menjadi Bajet Terbaik 2014 untuk kita atau akan jadi sebaliknya. Perancangan kewangan peribadi adalah proses untuk menangani masalah kewangan anda dalam konteks keadaan kewangan keseluruhan. Ia adalah tersusun, pendekatan terancang yang merangkumi mengenal pasti matlamat dan objektif kewangan, bersama-sama dengan keutamaan mereka. Merancang Bajet Terbaik 2014 adalah