Configure Modem UNIFI

Di kala ini, pengguna UniFi sudah melonjak lebih 250,000 pengguna. Dari Residential kepada Bussiness, semuanya amat memerlukan kelajuan internet yang maksimum. Keperluan dan kehendak pengguna menyebabkan telah banyak pilihan untuk Internet Service Provider di Malaysia ini. Maxis dan Celcom juga telah dalam proses membangunkan jalur lebar fiber optik kepada pelanggan-pelanggannya.



Kali ini aku nak kongsikan Basic Troubleshooting Unifi untuk panduan korang. Yang dah tahu, yang advance pun ada. Kerana sudah pasti ada yang sentiasa mengkaji kebaikan dan kelemahan sesuatu device itu. So, aku mulakan dengan kebiasaan masalah yang di hadapi oleh pengguna unifi. No internet access.

Okay, mula-mula pastikan sambungan adalah betul mengikut gambarajah di atas.Yang ni biasa diguna untuk high rised, so guna VDSL modem. Dari Wall socket (WS) akan sambung ke <DSL> modem, (BTU) biasanya jenis huawei. Kemudian dari LAN 1 (mesti guna LAN 1) di belakang BTU itu, sambungkan ke <WAN> Premise Gateway (PG) biasa jenis TM D-Link DIR 615.

Dari belakang PG tu ada 4 port untuk LAN. Sambungkan LAN 4 kepada Set Top Box (STB) yang kemudian disambung ke TV untuk hyppTV. Semuanya dah ada colour coded. Kabel warna merah ke STB dan kabel kuning ada 3 pilihan port untuk sambung ke PC atau device yang lain seperti switch, ATA, CCTV dll. Untuk telefon pula mesti sambung ke PHONE 1 di belakang BTU itu.


 

Okay, kalau takde connection, cuba OFF kan semua device. BTU, PG dan STB sekali jika perlu. Dan ON kan semula ikut step BTU - PG - STB. Jika dah stabil, cuba tengok lampu di pandangan depan PG router D-Link DIR 615. Dari kiri ada lampu Power, WAN (bentuk bumi) dan Wireless (bentuk signal). Jika lampu WAN warna amber (kuning) stabil, mungkin ada masalah sedikit. Kalau wireless pun takde, cuba sambungkan LAN cable di belakang PG dan masukkan ke PC/laptop anda.

So, kena configure Router D-Link DIR 615 ini. Ianya lebih kurang dengan configure modem DSL2640B
Buka browser, taip http://192.168.0.1




Masukkan username : admin dan password : <blank> biarkan kosong. Kalau tak boleh, cuba masukkan username : admin dan password: telekom.

*kalau tak boleh even masuk front page ni.. korang try tengok setting TCP/IP takut korang ada tukar DNS, check NIC dan connection cable.

Okay, dah login, korang ke SETUP dan INTERNET CONNECTION SETUP WIZARD.

 

Lepas tu, klik NEXT, tak payah tukar password pun takpe.
 


Lepas tu, pilih Dynamic IP (untuk pengguna Residential a.k.a. VIP 5-20), Letak username sekali dengan @unifi , letakkan password dan confirm password.
 


Dan seterusnya Reboot.
 

Lepas reboot, cuba off/on kan balik kalau still tak boleh. Kalau tak boleh gak, call CSR lah. Team akan dihantar.

Kalau korang hanya ada masalah wireless tapi kalau pakai kabel LAN boleh dapat connection, so terus je configure wireless. Isikan SSID iaitu nama untuk wireless korang. Pilih Manually assign a network key dan tick Use WPA. Tekan Next

 

Letakkan network key. dan pastikan korang ingat network key ini. Kalau yang dah lupa atau nak tukar, boleh tukar network key kat sini. dan tekan NEXT.

 


Semak ejaan dan password wireless korang. Kalau dah betul, sila klik SAVE AND REBOOT.

 

Okay, dah habis setup modem unifi nih. kalo tak boleh jugak, kena call CSR lah. Sebab apa aku bagitau korang step ini? Sebab nak pastikan semuanya OK dari segi sambungan dan configuration sebelum technician sampai. Kalo technician sampai dan check ia adalah internal problem contohnya salah cucuk cable, maka akan di caj One Time Charge sebanyak RM50. Masuk bil.

So, jaga barangan dan device unifi korang. Sebab warranty setahun aje melainkan BTU tu lifetime warranty. T&C untuk warranty, charges dan perkhidmatan unifi ni, korang kena baca laa dulu sebelum sign nak pasang unifi. Contohnya kalau nak relocation, pindah rumah kena charge RM300. Contract period adalah selama 24 bulan. Bil pun pakai emel je. Paperless. kalo nak bil printed, caj RM8. Semuanya kena pastikan dulu sebelum sign. ini nasihat aku lah untuk bakal pengguna dan pengguna unifi.

Sementara tak meluas ni, gunakanlah High Speed Broad Band ini untuk kegunaan dan kehendak korang. Nanti dah ada capping.. pheeeeww..

Haaaa.. ada ape-ape lagi? Nantilah aku buat entry untuk Kelebihan Modem Unifi ni.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelebihan kabel optik | Fiber Optik

Cara Block dan Unblock Website dan PC